KEM ASTRONOMI SKTS/USM 2012
Butiran Program
Tarikh
|
15 dan 16 Jun 2012
|
Hari
|
Jumaat dan Sabtu
|
Masa
|
5.00 pm Jumaat hingga 12.00 pm Sabtu
|
Tempat
|
SK
|
Semua aktiviti bermula pada jam:
Sesi Pagi : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Rehat : 12.30 tengah hari – 2.30 petang
Sesi Petang : 2.30 petang – 6.00 petang.
Sesi Malam : 8.00 malam – Ditentukan oleh cikgu mengikut kebenaran/kelulusan
*Ibu bapa/waris dan murid yang lain dijemput hadir.
*Bayaran RM5.00 dikenakan jika ingin memasuki planetarium yang disediakan.
*Baca ringkasan program di bawah untuk penjelasan lanjut tentang kem ini.
***************************************************************************************************************************************
*Bayaran RM5.00 dikenakan jika ingin memasuki planetarium yang disediakan.
*Baca ringkasan program di bawah untuk penjelasan lanjut tentang kem ini.
***************************************************************************************************************************************
RINGKASAN PROGRAM/PAMERAN ASTRONOMI
Astronomi adalah satu cabang sains yang mengkaji objek cakerawala di luar
bumi. Ia merangkumi kajian saintifik berkaitan evolusi, jirim, pergerakan,
fenomena, kandungan, dan lain-lain. Bidang astronomi melangkaui banyak dispilin
ilmu seperti agama, fizik, matematik dan kimia.
SINOPSIS
Program astronomi seperti kem
atau pameran adalah satu pendekatan menyeluruh berkaitan bidang astronomi yang
lebih sistematik dan efisyen bagi melahirkan ganerasi masa depan yang
berpengetahuan luas tentang sains astronomi. Program ini juga dilakukan bagi
menarik keyakinan pelajar untuk memilih jurusan sains.
PENDAHULUAN
Dalam menuju wawasan 2020, Malaysia perlu mengatasi
sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan untuk mencapai taraf yang
benar-benar maju. Kemajuan
keupayaan Sains dan Teknologi(S&T) adalah cabaran yang keenam di antara
sembilan cabaran yang disenaraikan. Dalam usaha mengatasi cabaran ini, Malaysia
mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang
ada dalam negara
supaya mencapai hasrat “menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan
S&T yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan
berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan
teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban
sains dan teknologi pada masa hadapan.”
Dalam mencapai hasrat generasi hebat dalam
salah satu cabang sains seperti sains astronomi, penganjuran beberapa siri kem astronomi di Negara ini
merupakan salah satu usaha yang amat membanggakan dan menarik perhatian. Kebanyakan masyarakat terutama para pelajar melahirkan
keseronokan dan kepuasan hati mereka menghadiri kem-kem sebegini. Ia merupakan
satu usaha yang baik dalam melahirkan minat masyarakat umum berkenaan
objek-objek langit dan kegunaannya kepada manusia di bumi. Kewujudan
kelab-kelab astronomi diperingkat sekolah turut membantu menarik minat para
pelajar mendekati bidang astronomi ini.
Bidang astronomi sedetik lalu telah diwarnai dengan kebanggannya
apabila Malaysia berjaya menghantar angkasawan negara ke angkasa lepas dalam
misi penyelidikan. Misi ini telah menempa kejayaan yang memberangsangkan dan
telah membuktikan bahawa negara kita Malaysia adalah antara salah sebuah negara
yang mempunyai keupayaan dalam menuju kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
angkasa.
Selain ianya
begitu rapat dikaitkan dengan ilmu agama, astrofizik adalah antara ilmu utama
selain ilmu matematik, geografi, kimia dan sebagainya. Bidang ini juga menggalakkan kita mempelajari
bidang ilmu sampingan sama ada secara tidak langsung atau terpaksa. Dalam
bidang ini bukan sahaja pemerhatian dilakukan, akan tetapi bidang ini
memerlukan maklumat atau data bagi melengkapkan penyelidikannya. Sudah tentulah
pengumpulan data dan memperoses data perlu dilakukan. Dari sini setiap orang
perlu tahu bagaimana teknik-teknik pengambilan data dan pemperosesan data perlu
dijalankan seperti cara mengambil dan memproses gambar objek dengan betul. Tidakkah
ini sesuatu yang menguntungkan kerana kita akan belajar banyak disipilin ilmu
yang bersangkutan.
Bagi Universiti
Sains Malaysia melalui Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera
(UPIFSA), program mengilmukan masyarakat terutama pelajar-pelajar sekolah dalam
bidang ini telah lama dijalankan. Tumpuan utama yang diberikan kepada
pelajar-pelajar sekolah ini berlandaskan kepada terdapatnya mata pelajaran atau
kurikulum yang diajar berkaitan bidang astronomi. Dari pengalaman dan juga
tinjauan yang diperolehi, teknik pembelajaran beserta dengan prektikal adalah
lebih berkesan.
Dengan adanya
program seumpama ini, membolehkan seluruh masyarakat mengetahui dan mengikuti perkembangan dunia
sains khususnya astronomi. Program ini
juga menjadi salah satu tempat bagi masyarakat seluruhnya untuk mendapatkan
maklumat tentang perkembangan terbaru berakaitan astronomi, angkasa, dan
peralatan astronomi yang terkini dan berteknologi.
Objektif
Objektif program ini adalah untuk
memberi pengetahuan yang mendalam dan menyeluruh berkaitan bidang astronomi.
Ianya secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada pelajar untuk memilih
bidang sains serta menjadi pembakar semangat dan azam seterusnya menjadi
pemangkin kepada pembangunan diri supaya lebih maju terutama dalam bidang sains
dan teknologi.
Aktiviti
1.
Pameran
2.
Cerapan
Matahari/Bintang
3.
Pertunjukan
Planetarium
4.
Bengkel/Melancar
roket air
Penerangan Aktiviti
1.
Pameran
Sudut pameran menyediakan maklumat-maklumat ringkas
berkaitan objek cakerawala. Pelajar akan diberi soalan berbantuk silangkata (Lampiran silangkata : Sila cetak) dan
jawapan silangkata ini boleh diperolehi daripada maklumat yang dipamerkan. Pameran ini terbuka kepada semua pelajar.
2.
Cerapan Matahari/Bintang
(Memerhati menggunakan teleskop)
Cerapan ini terbuka kepada semua. Semasa cerapan
matahari kita akan mengetahui keaktifan matahari. Kita boleh melihat fotosfera matahari (Tompok dan
nyalaan matahari)
3.
Pertunjukkan Planetarium
Terbuka kepada semua. Namun untuk memasuki
planetarium dikenakan bayaran RM5.00 seorang. Pertunjukkan ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang objek
langit. Menceritakan perjalanan bintang-bintang, buruj, system suria,
objek-objek yang dapat dicerap pada hari tersebut dan sebagainya. Melayari pelanetarium
dengan penceritaan yang jelas dan sistematik amat menyeronokkan.
4.
Bengkel Roket Air dan Pertandingan
Bengkel
ini terhad kepada sebahagian pelajar
sahaja (Pilihan cikgu atau khas mengikut darjah) Satu kumpulan terdiri daripada
4 – 5 orang sahaja dan jumlah kumpulan tidak melebehi 20 kumpulan.
** Jika jumlah pelajar
(darjah 6) 200 orang, mereka akan dibahagi dua kumpulan. Sesi pagi satu
kumpulan (Cth: A) membuat roket air dan satu kumpulan (Cth: B) membuat aktiviti
1 - 3. Sesi petang kumpulan B akan membuat roket air dan kumpulan A akan
membuat aktiviti 1 – 3
*** Cerapan bintang (Malam) perlu mendapat kelulusan ibubapa/penjaga.
No comments:
Post a Comment