Pages

Wednesday, March 28, 2012

GAJI SSM BARU 2012


TERBARU!!!! JADUAL GAJI TERKINI GANTIKAN STRUKTUR GAJI SSM ISU SSM TERBARU | dinamakan jadual gaji minimum-maksimum diperkenalkan untuk menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jadual gaji yang diubah suai dan diperbaiki itu menyaksikan Kenaikan sebanyak RM80 hingga RM320 setahun bagi Gred 1 hingga Gred 54(KGT).
Manakala kadar kenaikan gaji tahunan bagi JUSA dan ke atas adalah kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan GRED 1 hingga GRED 54
Pelarasan dibuat adalah berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.
Pengumuman perkara tersebut dibuat oleh perdana menteri ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.
Jadual seperti dibawah:-
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred 1 – 54) ialah 13%
Kumpulan Gred Utama C,B,A ialah 9%
Gred Turus 2 dan 3 ialah 8%
Gred Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara ialah 7 %

Khas Untuk Guru

Pekeliling perkhidmatan berkenaan gaji baru SSM 2-12 telah dikeluarkan  bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.

Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah pada 1 Januari 2012 hendaklah
diberi gaji baru terlebih dahulu, dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)
(tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Contoh
kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di bawah;

CONTOH: KAEDAH PEMBERIAN KENAIKAN GAJI
GURU GRED DG41 YANG DIBERI KENAIKAN GAJI 13%
DARIPADA MATAGAJI JGM KEPADA GAJI BARU JGMM YANG TARIKH
PERGERAKAN GAJI SAMA DENGAN TARIKH KUAT KUASA

Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 2012
Tarikh Pergerakan Gaji : 1 Januari
Kadar Kenaikan Gaji : 13%
Peringkat Gaji : P1
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,916.31 - RM5,474.81
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

tarikh
Gred DG41(RM)
Gred baru DG41(RM)
catatan
31.12.2011
3293.33
(P1T18)

-
Gaji pegawai sehari sebelum tarikh kuat kuasa.

1.1.2012
3293.33
(P1T18)

3721.46
(diberi kenaikan
gaji sebanyak
13%)

Tarikh kuat kuasa kenaikan gaji. Diberi pemindahan gaji dari matagaji sekarang mengikut kadar peratusan
kenaikan gaji 13% di gred dan peringkat gaji asal (P1) dan dipindahkan ke JGMM P1.

1.1.2012
-
3946.46
(diberi 1 KGT di
Gred DG41 iaitu
RM225)

TPG Gred DG41.
Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

1.1.2013
-
4171.46
(diberi 1 KGT di
Gred DG41 iaitu
RM225)

TPG Gred DG41.
Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan:
PPSM : Panel Pembangunan Sumber Manusia
TPG : Tarikh Pergerakan Gaji

* Klik untuk kira gaji baru anda ==>[$$$$$]

No comments: