Pages

Tuesday, January 10, 2012

MAKLUMAT AM UPSR


MAKLUMAN AM UPSR


1. TARIKH PEPERIKSAAN
Peperiksaan UPSR  -  11 hingga 13 September 2012

2. SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Berada di kelas peperiksaan Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan/ Sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

Rendah Umur
Diterima untuk didaftarkan dengan syarat memenuhi syarat di atas

Peringatan:
Pendaftaran hendaklah mematuhi pekeliling Kementerian Pelajaran

Catatan:
KP(BS)85941/JLD,XVII(3) bertarikh 22 Mac 2001
KP(BS)8502/03/005/JLD2.2(10) bertarikh 5 Mac 2003

3. BORANG PENDAFTARAN

Calon hendaklah mendaftar peperiksaan dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang tidak mempunyai kad pengenalan hendaklah melengkapkan Borang Perakuan Calon Peperiksaan LP/Am34.

Calon sekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah lengkap kepada pihak sekolah

Calon sekolah swasta hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah lengkap dan bayaran yuran kepada pihak sekolah

4. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR

Tarikh pendaftaran UPSR   -   3 Januari 2012 hingga 28 Februari 2012

5. YURAN PEPERIKSAAN

Calon sekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dikecualikan daripada bayaran yuran peperiksaan

Calon sekolah swasta – RM10.00

6. PERTANYAAN

Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan UPSR 2012 hendaklah dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Penilaian dan Peperiksaan) tempat calon mengambil peperiksaan.

No comments: